GARIS PANDUAN BARU SKMM UNTUK PENDAFTARAN PRABAYAR

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan satu senarai garis panduan baru untuk Pendaftaran Prabayar. Garis panduan ini akan dikuatkuasakan secara rasmi di dalam masa yang terdekat. Penalti berupa wang ringgit akan dikenakan ke atas pihak yang gagal mematuhinya.


Garis panduan ini akan merangkumi yang berikut:


  • Menyediakan bil utiliti terbaru sebagai bukti alamat yang didaftar
  • Sebuah cara pendaftaran yang automatik dan selamat akan diwajibkan
  • Pelanggan tidak dibenarkan mempunyai lebih dari 5 akaun yang didaftarkan pada satu nama (semua akaun didaftarkan sebelum 1hb Jun adalah sah)
  • Maklumat pendaftaran palsu adalah diharamkan – penalti berupa penggantungan / penamatan akaun serta denda boleh dikenakan
  • ID pelanggan perlu disertakan ketika pembelian Top Up
  • Pelabagai lagi cara pendaftaran akan dilaksanakan pada masa hadapan yang terdekat sebagai pelengkap kepada garis ganduan Pendaftaran Prabayar baru SKMM ini.